Wednesday, September 9, 2009

PENDIDIKAN SENI VISUAL

PENGENALAN SENI VISUAL
IMAM AL-GHAZALI
- Seni itu indah melalui pandangan kecantikan dan keindahan.
KAMUS DEWAN
- Seni membawa maksud :
- Halus iaitu kecil, elok, tipis,dan halus enak didengar iaitu mengenai suara, comel bentuk badan.
- Karya termasuklah sajak, lukian, muzik, dan lain yang dicipta dengan bakat atau kecekapan dan hasil daripada sesuatu ciptaan.
- Visual bermaksud tampak iaiti yang boleh dilihat melalui deria penglihatan.
ENSIKLOPEDIA MALAYSIANA
- Seni ialah istilah yang digunakan bagi Sesutu yang indah-indah pada pandangan pancaindera manusia sama ada melalui penglihatan, pendengaran dan rasa.

PENGKELASAN/PENGHASILAN SENI VISUAL
PENGKARYAAN
Pengkaryaan mementingkan MAKNA DAN ASTETIK iaitu:
Lukisan
Catan
Cetakan
Arca


PEREKAAN
Perekaan mementingkan FUNGSI DAN ASTETIK seperti:
Komunikasi visual grafik dan multimedia.
Reka bentuk teknogi
Reka bentuk persekitaran.



PERANAN SENI VISUAL
PERANAN PSIKOLOGI
Ø Sensiviti
Ø Emosi
Ø Kreativiti
Ø Ekspresi
PERANAN SOSIOLOGI
Ø Nasionalisme
Ø Persekitaran
Ø Propaganda
Ø Ritual
Ø Spiritual
Ø Pengeluaran
Ø Pemujukan.
Ø Perniagaan dan pedagangan.

Psikologi
NASIONALISME
Pembelajaran seni visual aktiviti dan apriariasinya dapat memantapkan kepekaan sensibility(kebolehan unit merasa dan menghayati)
EMOSI
Pembelajaran seni visual, aktiviti dan aspreriasinya dapat membangkitkan perasaan dan memantapkan sesibiliti, mencorak pelakuan perasaan semula jadi.
KREATIVITI
pembelajaran seni visual, aktiviti dan apresiasinya dapat memantapkan keupayaan membuat dan mereka cipta.
EKSPRESI
Pembelajaran seni visual aktivi dan apresiasinya dapat memantapkan pengucapan, curahan idea gambaran pemikiran dan perasaan.
Sosiologi
NASIONALISMA
Pembelajaran seni visual, aktiviti dan apriasasinya dapat membangkitkan semangat kebangsaan dan sayangkan Negara.
PERSEKITARAN
Mengukuhkan kepekaan dan sensitivity terhadap kepentingan sekelilng yang memberi kesan kepada kehidupan.
PROPAGANDA
Seni visual sebagai saluran untuk menyampaikan dan menyebar idea, hasrat, atau kepercayaan, pengaruh dan kuasa.
RITUAL
Seni visual dalam melaksanakan ritual atau upacara sesuatu budaya dan adat resam dalam aktiviti kehidupan masyarakat.
SPIRITUAL
Seni visual untuk ketenangan, kepusan dan keselesaan.
PENGELUARAN
Hasil seni visual berasakan kaedah factor cita rasa, gaya, fungsi dan kegunaan. Hasil karya berunsur pengeluaran adalah bertujuan dikomersialkan.
PEMUJUKAN
hasil seni visual berupayaan membentuk empati dan tarikan.
PERNIAGAAN DAN PERDAGANGAN
Pembelajaran seni visual. Aktiviti dan apresiasinya dapat menghasilkan barangan yang sangat berpotensi untuk perniagaan dan perdagangan.
PENGALAMAN ASTETIK
1) PENGALAMAN LANGSUNG
- Melalui proses membuat atau proses penghasilan prodok seni.
- Melalui penglibatan deria.
2) PENGALAMAN INTELEKTUAL
- Melalui kajian, penerokaan eksperimen dan dapatan daripada pelbagai sumber maklumat dalam proses penghasilan produk seni.
- Mendalami tentang konsep, falsafah dan nilai.


ASPEK-ASPEK PENTING DALAM LUKISAN
Sebelum kita mempelajagi lebih lanjut cara melukis lukisan pensil dan lukisan warna atau lukisan-lukisan lain,adalah berfaedah kita memahami secara mudah beberapa objek dalam lukisan iaitu subjek,gubahan,bentuk,perspektif,nilai dan warna.
SUBJEK
Subjek ialah semua objek yang kita lihat di keliling kita seperti pokok,awan,batu-batuan,gunung,bangunan,air,manusia,kenderaan,binatang dan lain-lain. Seseorang pelukis tidak melukis semua subjek yang dilihatnya, tetapi ia hanya memilih satu atau beberapa objek yang hendak dimasukkan kadalam karya lukisannya. Tajuk lukisan umumnya mempengaruhi pemilihan objek-objek yang hendak dimasukkan kedalam sesebuah lukisan itu.
`
GUBAHAN
Secara ringkas,gubahan ialah memilih,merancang dan menyusun objek-objek yang hendak dilukis dalam sebuah karya lukisan. Pelukis yang memilih satu pemandangan lanskap yang mengandungi objek awan,sungai,gunung-ganang,pokok-pokok dan padang rumput,misalnya,tidak akan dapat melukis semua objek ini dengan jelas dan detail,sebaliknya ia akan menentukan objek pilihannya yang dipanggil objek utama.
Objek utama inilah yang menjadi titik perhatian kepada pelukis itu dan juga kepada orang yang melihat dan menilai lukisan tersebut. Objek utama ini akan dilukis secara lebih besar,jelas,menarik dan detail,sementara objek-objek lain yang dimasukkan kedalam lukisan ini boleh dianggap sebagai objek kecil atau objek sampingan yang digubah untuk menyerikan dan mengimbangi lukisan tersebut.

BENTUK
Semua objeK dikeliling kita mempunyai bentuk tersendiri. Manusia,bintang,rumah,pokok,gunung,dan lain-lain objek yang dapat kita lihat semuanya mempunyai bentuk tertentu. Secara umum sebahagian besar bentuk objek-objek ini adalah berdasarkan kepada tiga bentuk asas(geometri),iaitu;
Bentuk kiub – seperti kotak,rumah,almari dan lain-lain.
Bentuk bulat – seperti bola,buah-buahan,kepala manusia.
Bentuk selinder –seperti batang pokok,botol,badan manusia,dan lain-lain.

Bentuk ini berkait rapat dengan sudut pandangan(dari arah mana kita pandang sesuatu objek itu) dan kedudukannya pada arah sinar cahaya. Dangan ini kesannya pada satu-satu objek yang dilukis akan menampakkan bentuk dan ton gelap atau ton cerah yang berbeza-beza.

PERSPEKTIF
Perspektif berkait rapat dengan bentuk objek yang dilukis pada kertas lukisan. Secara umum objek yang terdekat dilukis lebih besar daripada objek yang lebih jauh. Ini bermakna satu objek yang sama,apabila dilukis,akan kelihatan semakin kecil apabila ia semakin jauh,dan akhirnya akan hilang dan lesap pada satu titik.
Titik ini dikenali sebagai titik lesap. Titik lesap ini terletak pada satu garisan tertentu. Garisan ini tidak wujud sebagai satu garisan tetapi merupakan khayalan pelukis sahaja. Garisan ini dikenali sebagai paras mata.

NILAI
Nil
ai merupakan perbezaan antara ton cerah, ton saderhana dan ton gelap yang terdapat dalam sesebuah lukisan yang baik.
Biasanya objek yang dekat dilukis dalam ton yang lebih gelap dan jelas berbanding dengan objek yang lebih jauh yang mempunyai ton lebih cerah dan kelihatan kabur dan pudar.
Begitu juga dalam lukisan warna.nilai ini diwakili oleh ton dan nilai warna yang berlainan. Kita akan melihat lebih lanjut mengenainya apabila kita mempelajari lukisan berwarna-warni.

PERINGATAN
Jika anda masih belum jelas dengan apa yang diterangkan dalam bab ini,anda tidak perlu bimbang. Bab ini tidak bermaksud untuk mengajar anda aspek-aspek ini secara terperinci. Walawpun jika anda cukup faham dan fasih tentang apa yang dikatakan dalam bab ini ia tidaklah dapat menjamin anda akan menjadi pelukis yang baik. Memadailah sekiranya anda mengakui bahawa dalam lukisan ada beberapa aspek yang patut diberi perhatian. Aspek-aspek ini akan dapat anda fahami dengan lebih mudah jika anda terus membaca dan mempelajari bab-bab yang berikut.


ARCA
DEFINISI
• Merupakan pengucapan hasil seni yang bersifat 3D.
• Boleh diamati pada ruang 360 darjah.
• Hasil karya dalam ruang, reality, atau ruang yang sebenar.
• penghasilan menggunakan unsure seni reka.
SEJARAH ARCA
• penciptaan sejak zaman Srivijaya sekitar tahun ke17-13m
• bukti dilembah cemur Perak (patung menggambarkan seorang mawata (arca terawal))
• batu nisan di Keramat Sg. Udand Pengkalan Kampas Negeri Sembilan.
• Arca moden pada tahun 1960 diterajui oleh Syed Ahmad Jamal dan Latif Mohidin Anthony Laud dan Lee Kian Seng.
JENIS-JENIS ARCA
• ARCA BERFUNGSI
Berbentuk 3D, menekankan kepada fungsi dan kegunaan.CONTOH:
Arca berfungsi ialah labu sayung, tugu Negara dan keris.
• ARCA TANAH LIAT
Dihasilkan mengikut gubahan idea.
Pembetukan daripada kaolin.(tanadh liat unntuk menghasilkan porselin)
• ARCA UKIRAN BATU
Ukiran ini amat rumit kerana perlu memahat. CONTOH:
Dalam Qualam Alabasten batu kapur, granit dan marmar ianya dihasilkan dalam bentuk gabungan.
• ARCA LOGAM
Menggunakan okslasetilina menyebabakan logam mudah dikecilkan
Ia boleh dibentuk dam memotong logam dengan mengacip, menukul atau mencamtum dengan skru rivet.
• ARCA UKIRAN KAYU
Arca paling tua dan boleh didapati dalam tokong cina purba.
Arca ini paling banyak di Malaysia terutamanya dikalangan sukukaum peribumi.
• ARCA ESTOTIKA
Aspek keindahan dan penyampaian sesuatu mesej kepada audians seni.
Diletakkan digaleri atau tempat yang mudah dilihat.
· ARCA GANGSA
Gangsa merupakan kumpulan aloi atau pancalogam daripada kombinasi tembaga , zink dan timah.

TEKNIK PENGHASILAN ARCA
1. ARCA BINAAN
Menggunakan bahan
Contoh: binaan atau cantuman daripada bongkah kayu, besi lidi, tanah liat dan baatu serta menggunakan teknik cantuman bahan yang diperlukan.
2. ARCA LUAKKAN
Sesuai untuk teknik luakkan ialah dibuang bahagian tertentu.
Contoh: ukiran bongkah daripada plaster of paris, kayu dan batu marmar yang diukir.
3. ARCA ASEMBLAJ
Bersifat 3D.
Cotoh: batu kelikir dan ranting kayu.
Tertumpu kepada arca yang mempunyai saiz yang kecil dan sederhana besar.
4. ARCA LEMBUT
Menggunakan bahan yang lembut.
Contoh: arca daripada kain dan span.
5. ARCA INALATASI
Bersifat cantuman atau pemasangan binaan arca yang meliputi kawasan yang tidak terhad.
Cotoh: sebuah bilik.
6. ARCA MOBIL
Boleh bergerak pada kedudukan yang tetap.
Bahan yang sesuai digunakan ialah bahan yanhg ringan.
7. ARCA STABIL
Mempunyai tapak sebagai dasar arca.
Teknik dan penggunaan bebas.
8. ARCA TIMBULAN
Dihasilkan dari permukaan bahan 2D.
Ia dilihat daripada bahagian hadapan dab terhasil dari teknik ukiran atau lakaran.
Bahannya adalah tanah liat.
9. ARCA ACUAN
Kegunaan acuan untuk membentuk arca.
Contoh: tananh liat, plaster of paris dan getah.

LUKISAN


DEFINISI
• Salah satu aktiviti penghasilan karya dalam bidang seni halus.
• Lukisan juga boleh menyatakan luahan emosi,keintelektualan dan spiritual manusia.
• Biasanya lukisan menggunakan media kering untuk menghasikan karya.

SEJARAH LUKISAN
• Lukisan awal telah dijumpai di dinding gua yang di hasilkan oleh manusia pada zaman purba.
• Kebanyakan lukisan yang dijumpai adalah berkisarkan tengtang kehidupan seharian seperti perburuan dan pengembaraan.
• Di Malaysia lukisan pada gua telah di jumpai di Gua Niah,sarawak ,Gua Timbun ,Perak.
• Kebanyakan karya lukisan didinding gua menggunakan gaya yang sama iaitu imej binatang perburuan, komposisi yang hampir sama iaitu memanjang dan berkumpulan serta menggambarkan pelbagai hasil perburuan mereka pada zaman itu.

MEDIA
· Penggunaan media basah seperti warna air juga boleh digunakan tetapi penggunaannya ialah terhad dan minimun.
· Lukisan menitikberatkan kepada penghasilan struktur bentuk sesuatu dengan penggunaan pelbagai jenis garisan.
· Penghasilan mestilah memperlihatkan struktur sesutu benda. Lukisan juga boleh dihasilkan melalui campuran media kering dan campuran media basah. Contohnya,warna pastel dan warna air.
· Media dominan ialah media kering seperti pansel dan arang untuk mendapatkan kesan rupa dan kesan dan bentuk ilusi pada sesuatu permukaan.




TUJUAN PENGHASILAN

· Mengkaji struktur sesuatu benda dengan lebih terperinci menggunakan aplikasi unsur dan prinsip seni reka. Contohnya memastikan jalinan dan imbangan pada bentuk yang dilukis.
· Lukisan juga boleh memberikan makna yang tertentu kepada audien menerusi imej yang ditulis.
· Menerusi lukisan juga boleh dijadikan sebagai sindiran atau komentar sosial dalam sesebuah masyarakat dan ia dapat mempengaruhi psikologi manusia. Contohnya, lukisan kartun yang menyindir sisitem sosial dalam sebuah masyarakat.
· Lukisan dapat dijadikan bahan luahan emosi dan ekspresi pengkarya melalui tema yang disampaikan melalui imej tertentu.
· Gambaran awal atau gambar ringkas sebelum penghasilan imej akhir. Contohnya,lukisan sesuatu imej dihasilkan sebelum penghasilan imej sebenar pada catan.


PROSES PENGHASILAN LUKISAN
1 Meneliti secara keseluruhan benda atau imej yang hendak dilukis untuk mengenal pasti bentuk atau rupa asas imej yang hendak dilukis.
2 Melihat kedudukan imej yang hendak dilukis, mengenal pasti kedudukan imej mengikut aras mata pelukis.
3 Melakar rupa asas benda yang hendak dilukis.
4 Meneliti arah datangnya cahaya untuk menampakkan unsur ruang pada subjek yang dikehendaki serta memahami jarak sesuatu benda yang wujud dalam ruang perspektif.
5 Mengaplikasikan unsur seni reka seperti jalinan, bentuk dan tona warna serta prinsip seni reka seperti keseimbangan, penegasan kesatuan dan harmoni.


JENIS LUKISAN

Terdapat pelbagai jenis lukisan. Gambar rajah di bawah adalah antara contoh jenis lukisan penting yang perlu diketahui.

LUKISAN FANTASI
Memerlukan khayalan atau imiginasi untuk merakam bentuk benda yang berada di alam yang nyata atau tidak nyata.

LUKISAN FANTASI
Memerlukan khayalan atau imiginasi untuk merakam bentuk benda yang berada di alam yang nyata atau tidak nyata.

LUKISAN ILUTRASI
Lukisan yang mempunyai tema atau keterangan tertentu yang ingin di sampaikan kepada audients.

LUKISAN KAJIAN
Merakam ketelitian pada subjek atau benda yang dikaji.
Contohnya, kemasukan unsur jalinan, cahaya, dan sruktur bentuk yang terperinci

LUKISAN KONTUR
1)Lukisan yang memperjelaskan bentuk atau rupa pada sesuatu permukaan bentuk.
2)Mengamalkan pelbagai jenis garisan tebal atau nipis, ia juga bertujuan untuk menampakkan imej 3 dimensi (3D)

LUKISAN “GESTURE” ATAU LINIER
1)Menggunakan seluruh pergerakan tangan dan tidak terhad pada pergelangan tangan.
2)Di hasilkan sebelum penghasilan catan, arca @ seni grafik.
3)Dihasilkan dalam masa yang singkat dan digunakan untuk mennyelaras antara kerja mata,minda dan tangan pada objek yang dilukis.

TEKNIK PENGHASILAN LUKISAN.
Terdapat pelbagai teknik yang digunakan dalam penghasilan lukisan. Teknik yang diterangkan dibaah ialah antara teknik penting yang biasa digunakan dalam penghasilan lukisan.

Lukisan Titik
-
Menggunakan titik-titik kecil untuk menampakkan bentuk, jalinan dan rupa subjek yang dilukis. Sesuai untuk penggunaan media pen, pensel dan pastel.

Teknik Burnishing
-
Lanjutan daripada teknik gosokan. Media lukisan seperti pastel ditekan dan menggunakan warna yang cerah untuk menghasilkan pantulan cahaya. Biasanya dilakukan pada proses akhir lukisan . Sesuai untuk media pastel.

Teknik Scmbling
-
Menggunakan lapisan warna yang berlapis-lapis. Ia akan menimbulkan pelbagai kesan seperti jalinan dan kesan warna pada sesuatu permukaan yang dilukis. Sesuai menggunakan warna pastel lembut,dan pastel minyak.

Teknik Frosttage
- Teknik gosokan diatas sesuatu permukaan yang memepunyai jalinan. Ia akan menampakkan kesan pada permukaan yang digosok. Sesuai untuk media pastel dan pensel.

Teknik campuran
- Penggunaan campuran media seperti pensel, pen, pastel dan warna air.

Teknik Garisan/ Sgraffito
- Gasisan atau menggunakan objek keras atau tajam seperti “pallete knife” untuk mendedahkan warna dibawahnya. Boleh digunakan dalam lukisan pastel minyak (oil pastel/krayon) dan pastel lembut (soft pastel)

Gosokan
- Boleh digosok menggunakan jari, sesuai untuk media pansel dan pastel.


CATAN
PENGGUNAAN MEDIA CATAN

Catan cat air
Basah atau basah
Basah atau kering
Kering atau basah
Bahantara
Air
Kesesuaian permukaan
Kertas khusus untuk catan air
Kesan sapuan
Lut sinar dan tegap

Cat minyak
Bahantara
Supertine dan minyak linece.
Kesesuain permukaan

teknik
titik/ pentilisme
sapuan tebal/tebal impasto
cat tepat/ hard edge
melembut/ scumbling
kilauan/ glanzie

Cat poster
Bahantara
Air
Kesesuaian permukaan
Kertas
Kesan sapuan
Legap
Teknik
campurkan warna tebal@ nipis
warna mudah merekah jika sapuan warna terlalu tebal. Boleh mendapatkan kesan seperti teknik cat minyak.

Cat Guace
Bahantara
Air
Kesesuaian permukaan
Kertas
Kesan sapuan
Legap
Teknik
campuran warna tebal@ nipis.
boleh mendapatkan kesan seperti teknik cat minyak.

Cat Akritik
Bahantara
Air
Kesesuaian permukaan
Kain kanvas, kain kapas, kertas
Kesan sapuan
Legap
Teknik
campuran warna tebal atau nipis.
boleh mendapatkan kesan teknik cat minyak.
Cat Temperera

Bahantara
Air

Kesesuaian permukaan
Kain kanvas, kertas papan lapis.

Kesan sapuan
Lut sinar
Teknik


TEKNIK-TEKNIK CATAN AIR
Teknik kering atas kering

warna di sapu tanpa campuran air yang sedikit di atas permukaan yang mempunyai warna yang sudah kering.
Campuran warna yang agak pekat atau likat untuk menampakkan kesan jalinan pada sesuatu objek kesan legap.

TEKNIK-TEKNIK CATAN CAT MINYAK

Teknik “ala Prima
Menggunakan warna terus daripada tiub tanpa bercampur dengan warna lain.
Warna yang natura, lapisan warna biasanya menggunakan warna yang agak terang.

Teknik melembut
menggunakan warna yang sederhana tebal.
Mempunyai kaedah sapuan warna yang memberi permukaan jalinan yang lembut.

Teknik Impasto
Menggunakan warna yang tebal
Menimbulkan kesan jalinan pada permukaan.

Teknik Kilatan
· Sapuan warna yang nipis dan dihasilkan lapisan demi lapisan yang nipis.
· Mempunyai kesan lut sinar.

CONTOH-CONTOH CATAN/CAT MINYAK

CETAKAN

DEFINISI
Proses menerap warna daripada blok atau plat ke atas Sesutu permukaan rata seperti kain, kulit, kertas, plastic dan sebagainya.
SEJARAH
Bermula bila orang Sumeria (3000 sm) membuat salinan imej kulit kerang atas tanah liat.
China – bermula dalam kurun ke-8 bersama-sama dengan perkembangan penggunaan kertas.
Eropah - bermula pada tahun 1418 M. di buat untuk pendidikan dan propaganda.
Malaysia - bermula dengan retakan blok kayu untuk menghasilkan batik.
JENIS-JENIS CETAKAN
CETAKAN TIMBUL
Cetakan timbul menggunakan blok yang berukiran timbul.
Jenis-jenis blok termasuk sayur-sayuran seperti bendi, keledek, kentang dan sebagainya.
Kolaj yang dibuat pada kertas tebal atau papan sebagai tapak, kadbod bergelugur, lino dan potongan kayu.
Cetakan kaedah lino
LINO – sempena nama bahan (papan tetepi lembut) di buat khusus.
BAHAN DAN ALAT
papan LINO (Linolium).
penggelek lino .
kepingan cermin.
dakwat cetakan .
alat pengukir .
kertas untuk dicetak.
PROSES CETAKAN LINO
lakarkan dengan pensil imej pilihan.
ukir dengan pencukil kawasasn yang tidak hendak di warnakan.
gelekkan warna di atas cermin supaya rata.
gelekkan di atas kepingan lino yang telah siap di bahagian putihnya.
gosokkan permukaan kertas degan sudu atau gelekkan dengan penggelek kayu.
buka kertas untuk hasil cetakan.
Cetakan kaedah blok kayu
ALAT DAN BAHAN
Sama dengan kaedah lino. (kecuali) papan lino diganti dengan kepingan kayu atau blok kayu.
PROSES MEMBUAT CETAKAN BLOK KAYU
1. melakar imej di atas blok kayu.
2. torehan (ukiran) imej yang timbul .
3. menyapu waena atau dakwat pada imej ukiran timbul.
4. hasil terapan blok kayu pada kertas.

PROSES MEMBUAT CETAK

CETAKAN BENAM
Cetakan yan menghasilkan dengan cara bahagian dalam (lekuk) pada plate (sama ada garisan atau dipenuhkan dengan dakwat)
Bahagian timbul tidak dibenarkan terkena dakwat.
Dakwat dalam lekukan itulah yang akan menghasilkan imej pada kertas cetakan.
Menghasilkan imej ialah teknik garisan (engraring akuanti, mesotin dan kaedah garisan asid (etching)

CETAKAN STENSIL ATAU SARIGRAFI
· Dipanggil cetakan saring sutera.
· Imej boleh dihasilkan melalui keratin kertas pendua, filem laker, (profilem) dan skrin foto.
· Sekuji di gunakan untuk meratakan warna semasa dicetak.
· Kaedah terbahagi mengikut bahannya:
- kaedah potongan kertas pendua.
- Kaedaf profilum
- Kaedah skrin foto.
1. KAEDAH POTONGAN KERTAS PENDUA
ALAT DAN BAHAN:
1. Pemidang skrin
2. Gunting
3. Sekuji
4. Kertas pendua dan kertas untuk mencetak
PROSES POTONGAN KERTAS PENDUA
1. Lukis imej pada kertas pendua dan potong.
2. Sediakan kertas cetakan.
3. Letakkan kertas imej yang telah dipotong diatas kertas yang akan dicetak.
4. Letakkan skrn diatas kertas pendua
5. Tuangkan pewarna disudut atas skrin
6. Gunakan sekuji untuk meratakan warna diatas pemidang.
7. Angkat pemidang skrin dengan berhati-hati supaya imej cetakan tidak rosak.
2. KAEDAH PROFILUM.
· Menggunakan bahan kertas yang mempunyai dua lapisan yang mempunyai dua lapisan yang kemudianya diceraikan selepas muka depannya diletakkan pada skrin.
· ALAT DAN BAHAN
1. pemdang skrin
2. pensil
3. nt cutter
4. sekuji.
5. Kain organal dan kain saring sutera.
6. Profilum
7. Pewarna
8. Kain untuk dicetak
· PROSES KAEDAH PROFILUM
1. sediakan lakaran imej.
2. lukiskan corak atau imej pada bahagian blakang kertas profilum.
3. potong atau lubangkan bahagian yang hendak diwarnakan dengan menggunakan pisau NT
4. letakkan kertas profilem diatas tempat rata dengan bahagian yang berlilin menghadap kertas.
5. pemidang skrin yang telah disediakan diletakkan keatas filum lokan (proflium) tersebut. Pastikan kedudukan tepat dan betul sebagaimana yang diperlukan.
6. seterusnya dari atas sehingga bahagian berlilin melekat pada kain saring sutera.
7. tampalkan lapisan luar profilum.
8. gamkan tape pelekat sekeliling kertas filum laker supaya tertutup bahagian yang tidak perlu timbus.
9. proses mencetak boleh dilakukan:
i) Alaskan meja tempat mencetak dengan benda anjal seperti beberapa helai akhbar atau span yang dibuat khas.
ii) Ratakan kain atau kertas untuk dicetak.
iii) Letakkan skrin ditempat yang hendak dicetak
iv) Tuangkan warna atas pemidang skrin.
v) Ratakan warna dengan sekali tarikan dengan menggunakan ssekuji.
vi) Angkat pemidang dengan berhati-hati.
vii) Lihatlah hasilnya.


Kaedah skrin foto
imej yang siap dilukis diatas plastik lut sinar di pindah ke skrin menggunakan cahaya matahari atau lampu.
imej yang terbentuk di atas skrin adalah negatif atau tembus.
ALAT DAN BAHAN
I. ALAT-ALAT:
· Pemidang skrin
· Pembaris logam
· Sekuji
· Lampu(250w-500w)
2.BAHAN-BAHAN:
· FIlem atifat, filum lut sinar atau seumpamanya.
· Foto emulsi.
· Sensitizer kaliam dikramat
· Bahan untuk dicetak (kertas, kain, plastic, kulit)
· Pewarna tegap (bergantung kepada bahan yang akan dicetak)
PROSES FOTO SKRIN
i. Menyediakan lakaran diaas kertas yang sesuai dengan saiz skrin.
ii. Melukis semula diatas filum asifat atas kertas lut sinar dengan menghitamkan bahagian yang akan menembusi oleh pewarna semasa mencetak.
iii. Menyadiakan bingkai untuk stensil saring sutera foto.
iv. Campurkan sensitiser dwngan emulsi foto nisbah 1:10 didalam bilik gelap dan kacau sehingga sebati.
v. Sapukan campuran di atas papan permukaan saring sutera dengan pembaris logan atau sekuji, sapuan hendaklah nipis’
vi. Keringkan sapuan bahan tetapi dengan menggunakan kipas angina tau pengering rambut.
vii.Lakukan proses pindahan cahaya sama ada menggunakan lampu atau cahaya matahari.
viii. Cuci pemidang dengan pancutan air. Ini akan menyababkan emulsi yang tidak terkena cahaya (kerana terlindung oleh dakwat hitam) akan tertanggal dan akan kekallah bahagian yang tarkena cahaya matahari.
ix. Perkemasan pemidang dengan tape kertas.
x. Cetakan boleh dilakukan seperti cetakan profilum.
KEMASAN PERSEMBAHAN DAN PEMELIHARAAN.
I. Hasil cetakan hendaklah dibuat dalam beberapa siri yang kemas dan menarik.
II. Menulis tanda nama dan tarikh, tajuk bilangan atau cetakan dengan pensil.
III. Bingkaikan karya cetakan dengan memastikan teori cetakan tidak terlindung.
IV. Elakkan hasil cetakan daripada terdedah kepada cahaya.

3 comments: